KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KEPADA ALLAH SWT
Sesungguhnya kecemerlangan akademik adalah kepentingan yg besar dalam kehidupan umat islam, yang mana disana terdapat ulama’ yg meninggalkan kepada dunia ilmu-ilmu dan amal mereka, contoh seperti Ibnu Sina, Al Khawarizmi, Ibnu Nafis dan ramai lagi..
Oleh itu marilah kita bertanya pada diri,
MENGAPAKAH AKU PERLU CEMERLANG?
Benar, tanyalah pada diri kita mengapa aku tidak cemerlang?
Untuk menjawab persoalan tadi, ada berbagai-bagai jawapan, tetapi bagi seorang muslim baginya ada jawapan yg khusus, dan tujuan yg ingin dicapai:
1- Cemerlang kerana Allah SWT:
Allah berfirman: “Katakanlah bahawa solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah tuhan sekalian alam”..
Seorang Mu’min ia mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah SWT, termasuk jugalah pelajaran, ilmu-ilmu dan kecemerlangannya.
2- Cemerlang kerana Keluarga dan kedua Ibubapa:
Diantara cara untuk memuliakan Ibubapa ialah dengan mengembirakan mereka..betapa gembiranya hati Ibubapaku apabila melihat aku cemerlang dalam matapelajaran dan mendapat tempat yg teratas.
3- Cemerlang kerana diri sendiri:
Setiap muslim mempunyai impian yg ingin dicapai dalam kehidupan, sesungguhnya cita-cita itu tidak terlaksana kecuali dengan kecemerlangan akademik.
4- Cemerlang untuk mengembalikan keagungan islam:
Sesungguhnya keagungan islam zaman lampau adalah bergantung pada tahap keilmuan dan amal, dan tidak akan datangnya keagungan kecuali dengan adanya ulama’ yg benar-benar dan ikhlas untuk Islam dan umatnya, ulama dalam setiap bidang ilmu yg bermanfaat.
PESANAN SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN:
1- Solat Hajat: Supaya dimudahkan Allah SWTuntuk memahami.
2- Membaca beberapa ayat Al-Quran: dapat menjauhkan dari gangguan syaitan, dan supaya muka dipenuhi cahaya Al-Quran.
3- Mulakan dengan doa mengulangkaji pelajaran:
“ Ya Allah, aku memohon agar dikurniakan kepadaku kefahaman para nabi, ketajaman hafalan seperti para utusanmu dan malaikat-malaikat.. Ya Allah, jadikanlah lidahku ini hidup dengan berzikir kepadamu, dan hatiku dipenuhi dengan takut kepadamu, sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa diatas segala sesuatu”
Di akhiri dengan doa selepas mengulangkaji pelajaran:
“Ya Allah berserah kepadamu segala apa yg telah aku baca, apa yg telah aku fahami, apa yg telah aku hafal, maka kembalikan semula kepadaku ketikaku memerlukannya, sesungguhnya engkau yg maha berkuasa diatas segala sesuatu”.
4- Susun dan rancang: contoh: menentukan mata pelajaran untuk dibaca,tajuk-tajuk dan masa tertentu untuk setiap satu mata pelajaran dengan membuat jadual.
5- Mula dengan mata pelajaran yg dianggap mudah dahulu.
6- Jangan menangguh mata pelajaran hari ini ke hari esok.
7- Ambil masa secukupnya untuk berehat: tentukan sehari atau waktu yg sesuai dalam seminggu untuk menenangkan fikiran dan berehat.
8- Pilih tempat yg sunyi jauh dari bising, dan ambil berat dengan cahaya yg cukup dan baik untuk kesihatan ketika membaca.
9- Cuba untuk mengosongkan fikiran dari segala masalah dan gangguan.
10- Ambil berat dengan cara duduk yg betul, iaitu dengan meluruskan tulang belakang.
11- Bersegera untuk solat apabila mendengar azan, kerana Allah SWT tidak memberkati amalan yg melalaikan solat.
12- Pisahkan diantara 2 matapelajaran dengan waktu rehat.
BAGAIMANAKAH PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN?
Mengikut Doktor `Ato Barakat, ada 2 perkara penting untuk persediaan:
1- Penguasaan yg baik: terlaksana dengan 4 perkara:
· Melazimi ulangkaji sepanjang tahun setiap selepas belajar dan jangan menangguh sesuatu walaupun kecil.
· Ulangkaji matapelajaran yang lepas, sebelum belajar matapelajaran baru.
· Ulangkaji setiap minggu walaupun dengan hanya membaca dengan cepat.
· Ulangkaji setiap bulan dan ketika musim cuti
2- Mengulangkaji secara sempurna dan serius sebelum peperiksaan:
· Menyusun maklumat secara sistematik di dalam ingatan.
· Pilih waktu yg sesuai untuk mengulangkaji pelajaran, dengan menetukan masa tertentu untuk setiap matapelajaran, contoh: jika terasa jemu pindah untuk menjawab soalan-soalan matematik dll.
· Sistem jadual: supaya tidak bertindih diantara matapelaharan yg ada.
· Menjawab sebanyak mungkin soalan-soalan dan penyelesaian masalah, lebih-lebih lagi soalan-soalan yg susah.
DOA HARI PEPERIKSAAN
1- Ketika masuk ke dewan:
“Katakanlah, wahai tuhanku masukkan aku dari tempat yg benar, dan keluarkan aku dari tempat yg benar juga, dan berikan aku dari kurniaanmu kekuataan yg membantu.”
2- Ketika menerima kertas jawapan:
“Ya tuhanku lapangkan dadaku dan mudahkan urusanku, dan leraikanlah ikatan di lidahku supaya mereka memahami percakapanku”.
3- Jika sukar untuk menjawab:
“Ya tuhan yg maha hidup dan maha pembangkit, dengan rahmatmu aku meminta pertolongan”
“Ya Allah tiada kesenangan kecuali apa yg kau jadikan ia senang, dan engkaulah yg menjadikan kesusahan itu satu kesenangan”.
4- Jika terlupa jawapan:
“Ya Allah yg mengumpulkan manusia di hari tiada ragu-ragu, maka kumpulkanlah maklumat-maklumatku”.
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment