Thursday, December 30, 2010

Jangan stress

Jangan stress nanti jdik camnih



lagi-lagi time exam nk dekat nih. HARAP MAKLUM.
True story

Saturday, December 25, 2010

ولقد ذكرتـك والرمـاح نواهـل مني وبيض الهند تقطر من دمي فوددت تقبيـل السيـوف لأنهـا لمعت كبـارق ثغـرك المتبسـم

I remembered you when the spears were near to me
and the swords were drinking from my blood
I wanted to kiss the swords because they sparkled
...as your sparkling smiling mouth

by Antarah ibn Shaddah

Sunday, December 19, 2010

Kalimat Arab Hari Ini !!

العلامات التجارية Trademarks
التصميم Design
ربطات العنق Neckties
الجوارب socks
الصنادل sandals
يبردون cool as cool la mamat tdi
الموضة Fashion
aku pakai google translate je haha. klu de kesalahan sila la tegur XD
jzzkallah

Wednesday, December 15, 2010

dah jelas2 xbyk faedahnya masih nk pakai.....


Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini.

Berikutan daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda.

"...Semestinya pihak kerajaan akan memandang serius dan saya bercadang akan berjumpa pihak berkenaan dalam mengendalikan isu ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad inginkan penjelasan berhubung tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu itu di mana menurut beliau kira-kira 23 peratus pengguna kad kredit di kalangan generasi muda telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang ekoran kadar faedah yang tinggi iaitu antara 12 hingga 18 peratus.

Liew berkata, kerajaan tidak mempunyai kaedah khusus dalam menangani isu itu tetapi bagi mengelak menjadi bankrap, seseorang itu perlu bijak mengurus hal ehwal kewangan sendiri dan jika tidak tentunya mereka akan dikenakan tindakan.

Mengenai cadangan untuk menggabungkan Akta Insolvensi, Akta Kebangkrapan dan Akta Syarikat, beliau berkata, ia adalah proses ideal untuk memberi peluang ke dua kepada sesiapa yang diisytiharkan bankrap menggendalikan perniagaan.

"Bagaimanapun, proses perundangan yang dicadangkan itu masih di peringkat kajian," katanya ketika menjawab pertanyaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang ingin tahu jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pengisytiharan bankrap daripada 2005 hingga sekarang.

Liew berkata, individu yang diisytiharkan bankrap masih boleh ke luar negara sama ada untuk menunaikan haji atau menjalani rawatan kesihatan jika mendapat kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi.

"Pihak yang bankrap juga boleh membebaskan diri daripada status berkenaan dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah sebelum dikaji Jabatan Insolvensi sama ada untuk menyokong atau tidak permohonan itu.

"Bagi yang ingin menunaikan haji mereka boleh memohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dapat kebenaran keluar negara...kerajaan tidak halang jika permohonan itu mengikut aturan undang-undang," katanya.

dicurik dpd blog org...nnt klu aku rajin aku bwak hukum penggunaan credit card

Monday, December 13, 2010

Gangguan Seksual Daripada Kaum Hawa?! OMG



SERDANG – Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.
Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.
Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.
Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.
“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.
“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.

Saturday, December 11, 2010

ribut pasir




Salam~

lame gile aku xupdate blog. bajet nk active arr lepas da psg tenet mlg yer aku active mengonlinekn diri aku jer dan jgn lupe pada2 download2kn yg trsyg haha

smlm ribut pasir.aku nk tdo tuh tgk berangin je. nasib baek la sempat angkat baju klu x bju aku bau pasir da arr XD



so skrg babak sejuk bagaikn dlm peti ais. aku nk minum air pown rse cam air sejuk je haha XD camnih tp tipu la an haha~



teringat la status kawan aku arituh

قال عمر رضي الله عنه : الشتاء غنيمة العابدين
Berkata Saidna Omar r.a "Musim sejuk itu merupakan satu keuntungan bg golongan yg suka beribadah"

وقال ابن مسعود: مرحباً بالشتاء تتنزل فيه البركة ويطول فيه الليل للقيام،ويقصر فيه النهار للصيام
Berkata Ibnu Mas`ud "Banyak kebaikan pd musim sejuk, diturunkan pdnya barokah, dan dipanjangkan mala...mnya untuk berqiamullail, dan dipendekkan waktu siangnya untuk berpuasa

jgn plak lupe puasa hari Hari Asyura OK ^-^

disebabkn aku malas nk tulis pe fadilat die maka aku sekadar copy paste XD

Pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

bley tgk kt sini

kepada sesiapa yg tak biasa dgr kisah Pertempuran Karbala sila search lalu dalami kisah tersebut OK!

jgn lupa doakn aku tuk xam penggal pertama ngan penyakit malas yer lagi =_="